Aneka Peralatan Memancing : Kail
Kail Merupakan Salah Satu alat utama dalam memancing. Kail moden umumnya terbuat dari bahan besi tahan karat untuk standard minimum namun ada juga yang terbuat dari karbon yang anti karat dan tentu saja memiliki kekuatan jauh lebih baik di bandingkan kail besi.
Bentuk – bentuk kail yang ada sekarang merupakan pengembangan dan penyempurnaan yang dibuat oleh kilang kail.bahkan beberapa penghasil kail terbaik seperti Jepun dan dan lain-lain membuatnya dengan melapisi permukaan kail dengan teflon.
Kail secara umum terbahagi atas beberapa bahagian :
- eye iaitu lubang mata pancing untuk mengikat senar.
- Shank iaitu tangkai kail yang bentuknya lurus, disebut juga badan kail
- Point iaitu hujung pancing yang berbentuk runcing
- Barb atau bahagian runcing terbalik dengan point berguna sebagai pengait
- Gap atau jarak antara ujung pancing ( point ) dengan Shank alias batang nya.
Untuk barb atau kait, merupakan bentuk kail yang memang diperuntukkan untuk memancing air tawar. Sedang untuk memancing air laut terutama untuk memancing ikan tuna diperlukan kail tanpa barb. Model terbaru dari beberapa jenama terkenal seperti Owner, Gamakatsu, Mustad, Falcon adalah bentuk huruf G bukan J. untuk citarasa masing-masing silakan cuba kedua macam bentuk diatas. Biasanya penggunaan kail disesuaikan dengan target sasaran dan juga pengalaman pemancing sendiri.
Method penomboran kail
Method penomboran mata kail didasarkan pada lebar mata pancing dan diameter batang pancing. Semakin kecil ukuran pancing semakin besar penomborannya. Ukuran 0 atau 1 adalah ukuran terbesar kail.
Nombor kail Celah ( mm ) Diameter ( mm )
12 9,5 1,0
11 10,0 1,0
10 11,0 1,0
9 12,5 1,5
8 14,0 1,5
7 15,0 2,0
6 16,0 2,0
5 18,0 2,5
4 20,0 3,0
3 23,0 3,0
2 26,5 3,5
1 31,0 4,0
0 35,0 4,5
Sumber : fisherman’s workbook
Tiada ulasan:
Catat Ulasan